SAINS SITU SANA SINI
Selamat datang ke blog yang diwujudkan khas untuk mengetahui mengenai dunia sains. Diharapkan ianya dapat membantu anda meneroka dunia sains yang mempunyai sejuta variasi ilmu.
Saturday, 10 December 2011
BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP
Info mengenai benda hidup dan benda bukan hidup - Jom LAYARI
Benda Hidup atau Bukan ?
Ada benda Hidup . Ada benda bukan hidup
INI BENDA HIDUP

HAIWAN
MANUSIA
POKOK
INI BENDA BUKAN HIDUP
BUKU
KERUSI
ANAK PATUNG
BENDA HIDUP MEMERLUKAN AIR
KUCING MINUM AIR
BENDA HIDUP MEMERLUKAN MAKANAN
BURUNG MAKAN ULAT
BENDA HIDUP BERNAFAS
MANUSIA MENYEDUT UDARA SEMASA BERNAFAS
BENDA HIDUP BERGERAK
KATAK MELOMPAT
BENDA HIDUP MEMBESAR
POKOK JAGUNG MEMBESAR
BENDA HIDUP MEMBIAK
HARIMAU BERANAK
CIRI-CIRI AM BENDA HIDUP
Apakah ciri-ciri am benda hidup?
a) Memakan
b) Bernafas
c) Membiak
d) Bergerak
e) Berkumuh
f) Mengalami Pertumbuhan
g) Bergerak balas terhadap rangsangan
CIRI-CIRI AM YANG SERUPA

MEMAKAN

- Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
- Manusia dan haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain.
BERNAFAS

- Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
- Benda hidup bernafas untuk mendapatkan oksigen.
MEMBIAK

- Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
BERGERAK

- Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh.
- pergerakan pertumbuhan adalah perlahan dan terhad kepada bahagian tertentu sahaja.
BERKUMUH.

- Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan dari badan.


MENGALAMI PERTUMBUHAN

- Pertumbuhan ialah proses PERTAMBAHAN BILANGAN SEL-SEL BADAN yang menyebabkan SAIZ DAN BERAT BADAN bertambah secara tidak terbalik.


Subscribe to:
Posts (Atom)